Wednesday, 27 March 2013

Malaysia: Pahang: Cameron Highlands

Sejarah & Fakta

Semua sedia maklum yang Cameron Highland ni dapat nama daripada seorang pegawai inggeris william cameron yang terjumpa tempat ni semasa process pemetaan. Jadi die amik la nama bapak dia sebagai nama tempat ni. Macam tulah sejarah dia..takdelah menarik sangat kan.

Yang menariknya kawasan tanah tinggi ni berketinggian 1,829 meter dari aras laut dan bersuhu antara 100c hingga 200c. Betul ke?? Dulu mungkin betul. Sekarang..entahla..Tapi Cameron Highland tetap menjadi pusat peranginan tanah tinggi yang terkenal di semenanjung Malaysia.

Kisah TAPAK KAKI

Dulu: Tahun 90an-2000, zaman ni aku masih lagi sekolah rendah lagi..kalau dapat pergi Cameron Highland ni memang hebatlah. Yela, aku orang kampung. Pendapatan keluarga pun tak seberapa. Susahla nak berjalan-jalan makan angin ni. Jadi bila kawan-kawan bercerita cuti jalan-jalan kat tempat ni, memang jelez la.. Bila sekolah buat rombongan pergi tempat ni, akulah antara orang terawal bagi nama. padahal tak tanya lagi abah bagi ke tidak. pendek kan cerita abah aku tak bagi pergi, sebab yuran mahal (RM60). amatlah duka cita aku, lalu membuat mogok lapar sampailah abah aku hangin & bagi gak aku pergi..hahaha..walau sebelum tu teruk kena marah, takpe lah, janji dapat pergi gak...weehuuuu....

Sekarang: Februari 2012

Sebenarnye tak planing pun nak ke Cameron ni. Asal nye nak ke bukit Fraser. Disebabkan cek in hotel pukul 3, berfikirlah nak bersiar-siar sebelum cek in hotel. Nampaklah sign board ke cameron highlands. Terlalu excited tanpa tengok peta, kami pun amik keputusan terjah Cameron ni. Macam biasa, follow je sign board tu. =)

Jalan punya jalan, sampai lah lost..eh bukan sesat silap jalan je =D ..sign board da hilang, so kami pun berhentilah mana-mana tanya orang tepi jalan. Jalan-jalan yang kami lalu memang saujana mata memandang. Tak ramai orang lalu, sunyi, & ada sesetengahnye yang masih dalam pembinaan. Banyak jambatan yang di buat menyeberang dari satu bukit ke bukit. Apa yang merisaukan, satu tayar, guna TAYAR SPARED sebab bocor masa OTW tu...huhu..TAWAKKAL jela ye..Debo tengok jalan yang macam takde penghujung tu..

Debaran pun mengendur bila kami sampai ke perkampungan RINGLET ni..fuh lega.isi minyak dulu..Tak tau bape lama lagi nak sampai tanah rata..sesat tak pe, yang penting minyak FULL. =D


PETRONAS Ringlet

Akhirnye sampailah juga ke tempat yang dituju. "tanah rata" Cameron Highlands. Rupanya dekat je Ringlet ni ngan tanah rata.tak sampai 30 minit pun. Dah sampai sini kami pun pergilah tempat-tempat yang glemor, macam ladang teh & ladang strawberry tu. Tempat WAJIB pergi ok.. =D

mencari arah tuju =D


nilah rupenye LADANG TEH BOH ye...saujana
mata yang memandang. 



Destinasi seterunya wajib pergi...Tempat tanam strawberry ni lah

sepanjang laluan pokok strawberry

bunga-bungaan

kaktus

strawberry untuk di petik

Berjayalah melawat tempat-tempat wajib. Tapi yang tak seronoknye, misi tuk memetik strawberry sendiri tidak berjaya. huhu..kata tokey ladang ni, strawberry tuk dipetik dah takde stock..emm ada ke patut..sedeh =( ..bayaran untuk memetik strawberry adalah RM25 1 bakul sampai penuh..ok rasnye harga tu. tapi apakan daya impian terkubur...NASIB LA...

Mengenangkan nasib diri yang tak berapa baik, jadi ubatilah hati dengan makan-makan..yeah!!

ini waffle straberry + ice cream & yoghurt strawberry juice..
Dua makanan ni wajib try..memang sangat-sangat sedap... i like!!

Selepas makan rasa bosan pun menerjah. Heee. kami pun fikir nak turun je dari Cameron ni. Tak berbaloi rasenye, penat-penat mendaki, 3jam je kat atas ni..haha..Terase macam buat kerja gila je. Takpelah yang penting pengalaman tu. bak kata pepatah, "JAUH PERJALANAN, LUAS PEMANDANGAN"  =D

Sampailah masanya meninggal kan TAPAK KAKI. misi mencari jalan pulang pun bermula (menuju ke bukit Fraser lak). Tanya orang tempatan, rupa-rupanya jalan yang kami lalu masa datang tadi adalah jalan yang belum siap di bina (KL-BENTONG-CAMERON) . Patut la lapang je ye. hehe. Bila nak balik ni kami disaran kan melalui TAPAH-KUALA KUBU BARU-BUKIT FRASER. dengan tak tahu strutur jalan & bentuk muka bumi yang bakal dilalui, kami pun REDAH jela. Macam biase. Jalan TAPAH ni memang la mencabar minda. =D 

ABC: kl-bentong-cameron highlands
CD: cameron highland-tapah-kuala kubu baru-fraser hill's
(masa perjalanan 6jam 30 minit)
Inilah perjalan kami dari pukul 7.30 am-9.00pm (sambil sesat & bersantai-santai)

jalan-jalan altenatif ke Cameron dari KL:

1) lalu TAPAH (jalan biasa)
TAPAH
bentuk muka bumi curam (3jam 27min)

2) lalu BENTONG-RINGLET (jalan baru)
BENTONG-RINGLET
bentuk muka bumi lebih mendatar (3jam 35min)

Pemandangan ketika keliru mencari arah tuju:

Lata Iskandar yang semakin sepi

pekan TAPAH

Setelah melaui jalan yang beronak berliku, Sampailah ke BUKIT FRASER pada 9.00pm. Jadi tak de pape yang boleh di lihat melaikan kepekatan malam. Fuh..memang letih la. Cerita ke bukit Fraser akan di tulis dalam entry seterusnya. =D.

TIPS:
1) Rancanglah perjalan dengan baik. Pilih jalan yang sesuai.
2) Elak kan ke sini waktu malam, jalan sangan gelap dan kanan kiri semua gaung.
3) Jangan malu bertanya
4) Jangan risau guna TAYAR SPARED, aku da uji ketahanannya. naik turun Cameron Highland & Fraser Hill's dengan selamat =D

Terima Kasih Membaca..Selamat Bercuti ke sini ....

Jom minum dulu =D

















4 comments:

  1. tiba tiba rasa nak balik kampunggg :( hahah. good job rahimag. keep it up:)

    ReplyDelete
  2. balik la kampung k.mel..sy nak order air yoghurt strawberry tu =D

    ReplyDelete
  3. kat mana follower widget yea..nk follow sini.. jom follow n singgah blog teman.. heee.. http://tengkubutang.blogspot.com/

    klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

    follow blog ni ..?

    ReplyDelete
  4. emmm...cube tekan kt belah kanan yg caption "ikut TAPAK KAKI" or bleh je drop email =)...slmt menjadi follower

    ReplyDelete