Tasik Kenyir yang terletak di hulu Sungai Kenyir, Terengganu merupakan tasik terbesar yang pernah dibina oleh manusia untuk menjana kuasa elektrik di Asia Tenggara. Tasik ini seluas 2,600 km persegi dan mengandungi 340 pulau kecil.
Semenjak kewujudan empangan di sini, kawasan sekitarnya terutama Kuala Berang telah mula dikenali oleh orang ramai baik dari dalam mahupun luar negeri. Tasik ini merupakan tempat pelancongan popular di Terengganu semenjak kewujudannya. Ia siap dibina pada 1988.
Tasik Kenyir telah menenggelamkan beberapa buah kampung dan juga hutan. Banyak haiwan liar telah diselamatkan semasa pembinaan empangan ini. Pembinaan empangan ini telah mewujudkan pulangan ekonomi kepada penduduknya yang majoritinya adalah petani. Secara tidak langsung, penduduk di sini dapat menaikkan taraf sosial masing-masing. Kedatangan pelancong ke sini yang terkenal dengan jagung manisnya telah menaikkan nama bandar Kuala Berang di mata pihak luar yang sebelum ini dikenali sebagai 'bandar mati'.
Begitulah sedikit sebanyak berkaitan TASIK KENYIR...hebat kan??
Kisah TAPAK KAKI...
FEB 2013
Rasa baru je meninggal kan TAPAK KAKI kat Tasik Kenyir yang menjadi lagenda dalam masyarakat malaysia...yela tasik terbesar dalam Malaysia tu....HEBAT!!!
Perjalanan dari KL mengambil masa 6 jam je..banyak jalan altenatif ke sini. Tapi disebabkan niat nak singgah ke Kuala Terengganu dulu sebelum ke sana jadi aku telah memilih melalui LDP1-jln Al-mutakaffi bilalshah-LDP2 menuju kesana. Aku ni memang suka ikut highway. Klu ikut jalan kampung ni cepat ngantuk n mual. hehe.. jadi terpulanglah kepada anda untuk memilih jalan yang hampir dan selesa buat anda.
Dari Kuala Terengganu ke Tasik Kenyir pun ada banyak jalan nya. Aku pilih jalan Kuala Berang. masa perjalanan hampir 1jam 30 minit. Boleh juga kalau nak ikut jalan Sungai Tong, Setiu lebih kurang je masa perjalanan nya. Kalau tak pasti juga nak ikut mana..tengok ke signboard..Insha Allah sampai. jangan risau, tak sesat sampai ke sempadan siam pun, kalau jalan-jalan kat Kelantan risaulah juga kan.. heeee
Perjalanan menuju ke sana ok jela..cuma jalan yang bengkang bengkok dan mendaki bukit..ketibaan kat tasik kenyir di sambut dengan hujan renyai-renyai...huhu..dalam hati berdoa, jangan lah hujan..nak naik bot pusing-pusing pulau... =(
Lake Kenyir Resort & Spa menjadi pilihan hati kali ni....jom tengok pe bestnye resort ni...
living room
tandas
balkoni~tengok-tengok bot lalu
kolam renang~at main lobby
pondok-pondok kami duduk =)
jalan-jalan riadah petang
Macam mana?? ok tak?? suka?? aku memang suka. Hebat la resort ni, memang best dapat bilik yang pemandangan nya menghadap tasik kenyir. Macam tak percaya je sampai sini. Tasik terbesar kat MALAYSIA..hehe..sangat teruja. Memule tu risau juga nak ke sini. Lepas confirm booking baru baca review orang lain yang pernah ke sini. Emm pandaikan? haha...berdasarka review tersebut ramailah yang komen negative tetang resort ni. Tapi Alhamdulillah bila aku ke sini, ok je. Bagi aku, tempat ni sangat sesuai untuk mereka yang inginkan PRIVACY..KEDAMAIAN..KETENANGAN..sangat terpelihara kehidupan semula jadi nya.. aku rangking 4 bintang. =)
Macam-macam aktiviti boleh buat kat sini, terutama nya memancing. Memang terkenal tempat ni dikalangan kaki-kaki pancing. Kepada sesiapa yang datang bercuti kalau nak ronda-ronda pulau atau apa-apa sahaja aktiviti kat sini, jangan ambik pakej dari hote..mahal sebab kira per person. tapi kalau ambik kat kaunter-kaunter berhampiran kawasan jeti boleh dapat harga jauh lebih murah, sebab kira hara per boat. Kalau naik lagi ramai, lagi murah la. Nak sewa boat besar tido dalam tu pun boleh. kepada sesiapa yang nak merasa tidur betul-betul terapung di permukaan tasik kenyir la.. =)
Di sebab kan hujan yang berterusan, maka segala aktiviti yang di rancang pada hari ke 2 pun terbatal la..maka aku duduk-duduk saja di jeti, sambil melihat boat keluar masuk..uwwaaaa!!! =(
Tak lama lagi akan adalah zon bebas cukai kat pantai timur, dibina di atas salah satu pulau di tasik kenyir..sempat lagi interview driver boat yang bawa sekumpulan kotraktor melawat tapak pembinaan tersebut...view dari jeti...
hujan yang lebat~tenggelam dah separuh nama tasik kenyir tu
cantik kan bukit-bukit
kecewa tak dapat naik boat
Sedih, tak dapat rasa naik boat atas Tasik ni. tapi takpelah, dapat main air tasik kenyir pun jadilah kan..
Kalau dah tau tempat jalan, mesti kena ada tempat makan kan. Kat kawasan jeti ni adalah beberapa kedai makan. Aku tak cuba pun. Jadi tak taulah sedap ke tak. Kat kawasan ni juga ad kedai runcit. tapi harga faham-faham la.memang mahal berganda-ganda. Mungkin di sebabkan faktor,kawasan ni sangat jauh dari pekan & juga kawasan perkampungan lain. Nak beli cenderahati boleh beli kat kedai ni ye. =)
Makanan kat resort pula tidak menyediakan buffet, hanya akan dihidangkan bila di tempah sahaja. Di sebabkan bilangan pelanggan yang tak ramai dalam satu masa. Harga untuk hidangan makan malam takde lah terlalu mahal. Standard harga makan kat Secret recipe. makanan pun sedap.. =)
sarapan pagi
dinner
Cuaca sepanjang aku kat sana tidak la baik. Hujan sepanjang hari. Kecewa juga la. Sampaila hari ke 3. Hari untuk pulang. Elok je naik kenderaan yang angkut kami ke main lobby, staf tu pun brkata:
staff: Hujan lebat macamni, banjir kat luar tu. macam mana kamu nak balik
kami: berpandangan sambil telan air liur..dalam hati..habisla.
staff: tapi kamu boleh ikut jalan sungai tong, jangan ikut kuala berang. sungai kuala berang biasa melimpah. susah nak lalu nanti. sangkut kat banjir.
kami: lega =)
aku ni fobia sikit sebut-sebut pasal banjir ni..pengalaman terkandas dalam banjir masa travel sangat la perit. tak sanggup nak hadap sekali lagi.
Bertolak lah meninggalkan tasik kenyir...Meninggalkan TAPAK KAKI kami di sini.. =)
Tak sampai 20 minit memandu, kami dah terkandas. Jalan tak boleh lalu, air dah naik paras pinggang. tak sempat nak jumpa simpang tiga menuju ke sg tong seperti yang dimaklumkan oleh staff resort tadi...uwaaaa...
Kebetulan tempat air naik tu ada kedai makan. Aku pun tanyalah orang-orang yang lepak kedai makan tu macam mana nak ke kuala terengganu guna jalan lain. Dia pun bagi taulah ikut jalan GUA MUSANG. dia sendiri tak pasti keadaan jalan tu macam mana. Di sebabkan tak sanggup nak tunggu & mengharap air tu surut, aku pun amik keputusan nak lalu jalan GUA MUSANG tu. Tekejut jugak la lalu jalan tu. Kalau ikut peta namanya highway KUALA BERANG-GUA MUSANG, tapi jalan nya dasyat sangat. berlubang sana sini, pokong tumbang. memang ngeri dengan cuaca yang hujan lebat dan guruh yang berdentam-dentum. yang seronok nye pemandangan sepanjang jln yang cantik. jalan yang aku lalu ni rupa-rupanya merentasi satu pulau ke pulau yang lain dalam gugusan tasik kenyir. Sampai la kami ke jalan simpang tiga, takde signboard. melilau mata pandang sana sini, rupa-rupanya jalan yang kami lalu tu masih dalam pembinaan. FUH!! selamat la da keluar dari jalan tu. patutla seram semacam.
Kami pun berhenti tanya orang lagi kat kedai makan. kami pun dapat petunjuk tuk ikut jalan-jalan dalam felda menuju ke kuala krai-machang-besut-kuala terengganu..FUH!! memang jauh..perjalanan sejam lebih jadi 6 jam lebih.sangat menguji kesabaran. dah boleh balik KL dah. Jalan-jalan yang aku lalu tu memang sangat teruk berlubang sana-sini....emm susah nak cakap. kenapa jauh dari kemajuan???
Selamatla juga sampai ke KUALA TERENGGANU. ALHAMDULILLAH..pengajaran nya adalah, jangan pergi TASIK KENYIR antara bulan 11-3..
sekian.. percutian yang penuh cabaran & rintangan. kalau sapa-sapa di kemudian hari menghadapi masalah macam ni, boleh la di jadikan pedoman ye..gambar banjir ni takde.tak sempat nak ambik.duk fikir cari jalan pulang..hehe..
tq sudi membaca..
Assalamualaikum & salam 1 malaysia =)
jom minum dulu =D
Besttt. sila maintain ye. travel blog :) looking forward for more :)
ReplyDeleteok..sila jd follower sy..hahaha...next cite psl kg husband k.mel lak...cabaran jugak tu ke sana...pjg la sy mengarut g..hahaha
ReplyDeleteok followed! heheh. ok x sabar nak baca. heheh:)
ReplyDeletelike ganu!
ReplyDeletesy bangga jd org ganu and sy bangga jd org malaysia!!!
ReplyDeleteAssalamualaikum Tuan/Puan.
ReplyDeleteSaya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….
Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :
KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency
Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.
Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.
Akak yg dekat tak redah lg tasik kenyir. Org jauh jgk yg sampai. Tahniah dan kagum dgn smgt tuan tanah yg teramat2 gigih. Go on.
ReplyDeleteMemang sangat cantik Tapak Kaki Tertinggal di Tasik Kenyir. Sungguh cantik panorma dan keindahannya. Terima kasih berkongsi gambar. :D
ReplyDeleteTasik Kenyir