Thursday, 31 October 2013

MALAYSIA: SABAH: GUNUNG KINABALU


Kisah Tapak Kaki

Ogos 2012

Keputusan yang di ambil secara mengejut untuk mendaki Gunung Kinabalu memang memberikan kejutan la. Walau tiada latihan stamina, semngat juga nak mendaki ni. Berdoa panjang jela moga sampai ke Puncak tu..haha

Geng tapak kaki kali ini seramai 3 orang. Kami pengambil pakage pendakiaan terus dari kaunter pengurusan di kaki gunung. Bayaran sebanyak RM 380 seorang di kenakan termasuk pemandu arah.

Malam sebelum pendakian kami menginap di Kinabalu Mountain Lodge. Bilik yang kami sewa ada lah RM80 satu malam. Lebih menjimatkan, dan ia terletak hanya 200m dari Kinabalu Park.

Perjalanan menuju Kinabalu Park

Kami hanya berjalan kaki ke kinabalu park. Jam 0700 kami telah bergerak ke sana. Awal daki, awal la sampai kan. LET'S GO!!

pemandangan puncak kinabalu dari kinabalu park

Sampai-sampai sahaja di kinabalu park, terus teruja tengok puncak kinabalu ni. Berkabus lagi.. Seterus nya kami ke kaunter untuk mendaftar sebagai pendaki. Anda yang sudah mendaftar akan di berikan PASS masuk.

Pass masuk

Setelah pemandu arah kami tiba, kami pun di bawa ke TIMPOHON GATE untuk memulakan pendakian. Dari timpohon gate ke laban rata adalah sejauh 6km mendaki ye..

READY!!

MULA!!
Dengan semangat yang berkobar-kobar pendakian pun di mulakan. GO.. GO.. 

OK dah PENAT. =(

Kerana tiada latihan pendakian dan stamina, baru 1km pendakian kaki dah kejang da..huhu..tapi bila fikir-fikir balik dah bayar mahal-mahal ni, cekalkan hati dan semangat jela..yakin boleh!! =D Pendakian pun di teruskan seperti kura-kura. Setiap jumpa pondok rehat pasti nak berhenti.Dalam jarak 1 atau 2km, akan terdapat pondok-pondok kecil dan tandas untuk anda lepaskan lelah. Pelan-pelan la kan..tak larat da sebenarnya. Sakit seluruh urat kaki, macam dah tak boleh angkat kaki =(

2 km lagi..cayok2!!

Setelah 4km mendaki..Sekiranya anda bermula dari Mesilau Nature Resort, jarak perjalanan ke laban rata adalah 8km..masa ni lega je, sebab ambil jalan masuk timpohon gate..hihi..kalau tak naya juga la. Sepanjang pendakian, pelbagai flora dan fauna liar dapa dilihat secara dekat. Kebanyakan tumbuhan tiada di kawasan rendah, memang jakun la tengok macam-macam.. =D ..







Setelah berpenat lelah, sampai la juga di laban rata. Kami sampai di sini Jam 1330.Mengambil masa 6 jam mendaki. Ok la kan..hihi..kebetulan sampai sahaja, hujan pun turun dengan lebat nya. Syukur lah. kalau masa mendaki hujan, memang lagi mencabar kerana batu-batuan untuk mendaki akan menjadi semakin licin.

LABAN RATA


Perhatikan bukit berbatu di belakang penginapan kami, itulah batuan yang harus kami daki untuk sampai ke puncak kinabalu.

Apabila sampai di Laban Rata kami kelaparan, tetapi di sini hanya akan menyediakan makan malam sahaja bermula jam 1800. Jadi sementara tunggu makan malam,  rehat-rehat dahulu di bilik melepaskan penat, FUHH!!!. Seterusnya pendakian disambung semula pada jam 0230. Nak tengok matahari terbit kan, kenalah bangun awal pagi. Bayangkan suasana di kawasan pergunungan yang sejuk, berembun dan gelap. Sebelum mendaki boleh la isi perut dahulu ye. =)

Pendakian sejauh 2.5km pun bermula.. MENUJU PUNCAK.

Persekitaran sangat sejuk, dan batu-batuan yang kami daki sangat licin. Memang gigih la mendaki. Pernafasan pun semakin sesak di rasakan. Tabah kan hati kuatkan semangat teruskan pendakian. Masa ni jujur rasa nak putus asa dah. Duduk tak bangun-bangun. Jalan 2-3 tapak  je duduk. Sangat susah nak bernafas. Sampaila datang sekumpulan pendaki lain yang memberi semangat untuk teruskan perjalanan.

Selepas 3 jam mendakiakhirnya, sampailah ke puncak dan berjayalah melihat matahari terbit. YEAH!! Syukur masih panjang umur dan di berikan peluang ini =)


matahari terbit




Dah puas bergambar, kenalah turunkan. Pagi-pagi gelap tadi tak nampak macam mana laluan yang kami daki. Redah je. Bila masa turun ni, barulah jelas laluan pendakian. Cuak juga lah tengok laluan nya. huhu

Sampai di Laban Rata, behenti sebentar dalam 1 jam untuk mengemas barang dan sarapan pagi. Seterusnya turun menuju ke TIMPOHON GATE. masa perjalanan turun amat singkat. Dari puncak ke Laban rata 1 jam, Laban rata ke Timpohon gate 3 jam.

Selesai pendakian, akan dibawa ke kaunter awal tadi untuk mendapatkan sijil. Bayar RM10 per sijil. Selepas itu boleh la menikmati makan tengah hari. Selesai.



TIPS:
Keperluan mendaki
1) sarung tangan kalis air dan tahan sejuk.
2) Tongkat
3) lampu picit (seeloknya, yang boleh melekat di dahi)
4) stokin
5) kasut yang sesuai
6) baju hujan (persedian kalau hujan semasa mendaki)

Jangan jadi macam kami. Tak bawa tongkat dan lampu picit. 2 benda tersebut amat membantu dalam pendakian terutama untuk ke puncak. Sarung tangan pun bawa yang tahan sejuk je, bila dah kena air tiada guna nya lagi…huhu =(

SELAMAT MENDAKI =)


1 comment:

  1. Waa... nice picture. sy pun sdh sampai Kinabalu tp via Mesilou Trail. Jauh 2KM berbanding dari Timpohon. Tapi pemandangan dia lagi cantik, utk pencinta nature boleh try mesilou trail :-)

    ReplyDelete