Thursday, 11 December 2014

MALAYSIA: SABAH: KAPALAI ISLAND, SIMPADAN

KISAH TAPAK KAKI

Disember 2013

Tidak ramai yang tahu tentang ke unikan pulau-pulau di kawasan simpadan. Pulau kapalai dan Mabul termasuk di kawasan ini. Kali ini tapak kaki ke SABAH lagi dan berkunjung ke kawasan pantai timur nya pula. Untuk ke SIMPADAN, anda perlu menaiki bot selama sejam dari jeti di bandar SEMPORNA. Untuk sampai ke daerah SEMPORNA ini anda boleh menaiki bas terus ke bandar ini atau menaiki kapal terbang ke Lapangan Terbang TAWAU dan mengambil van atau bas ke bandar SEMPORNA dengan jarak perjalanan hampir 1 jam.

Perjalanan kali ini geng tapak kaki mengambil "Full Pakage" (pengangkutan dari airport TAWAU; pergi-balik, pengangkutan bot ke KAPALAI; pergi-balik dan makanan). Pakage ini kami dapatkan di MATTA FAIR degan harga RM1200 seorang; 3H2M.


Perjalanan menuju ke KAPALAI ISLAND

Perjalanan menuju ke KAPALAI sangat membuat kami teruja, dengan keindahan semula jadi ciptahan tuhan. SubahanAllah. =)

KAPALAI dari jauh melambai-lambai

pintu ketibaan di KAPALAI

Ketibaan kami di sambut dengan begitu ramah oleh para pekerja resort. Memang sangat-sangat teruja melihat keindaha persekitaran KAPALAI. SubahanAllah.=). Untuk makluman, KAPALAI merupakan pulau yang tidak berdarat. Keseluruhan resort ini di bina di atas daratan yang di tenggelami air. 

menuju ke bilik kami

pemandangan dari dalam bilik kami

pemandangan dari balkoni bilik kami

tandas. perhatikan gambar sebelah kanan, anda boleh melihat-lihat terumbu karang sambil mandi di bathtub

persekitaran kapalai yang menenangkan. anda hanya perlu bersantai, bersantai dan bersantai =) 









Gambar di bawah adalah restoren di resort ini. Sambil makan boleh tengok ikan-ikan bersiar-siar..



Antara aktiviti yang boleh di jalankan di sini adalah melihat-lihat hidupan laut seperti..


 ikan-ikan, tapak sulaiman yang bertaburan di laut biru

terumbu karang, berenang bersama penyu

berkayak...

dan berenang di atas terumbu karang ini. selain itu aktiviti snorkeling, & diving juga di tawarkan. Terdapat bermacam-macam lagi hidupan laut yang dapat di lihat secara dekat di sini yang tak dapat kami rakam kan. 



macam mana? cantik, menarik, tertarik?? 
tempat ini sangat di cadangkan bagi mereka yang ingikan kedamaian dan ketenangan jauh dari kesibukan. memang rasa seperti terdampar di tengah lautan. makanan dan layanan juga sangat baik. Terima Kasih KAPALAI kerana meninggalkan terlalu banyak ke indahan yang sukar di lupakan. Syukur Alhamdulillah. Ada rezeki boleh pergi lagi..=)

Dicadangkan,
bagi mereka yang ingin ke sini menggunakan flight, elok lah mengambil penerbangan awal pagi, kerana trip terawal untuk bot adalah pada JAM 1000. Jadi anda akan berpeluang sampai awal ke KAPALAI. Untuk perjalanan pulang, anda disarankan untuk mengambil flight selepas JAM 1500. Kerana trip bot terakhir dari KAPALAI adalah pada JAM 1300. Jadi ada boleh menikmati masa-masa terakhir di KAPALAI dengan tenang. tak perlu bekejar untuk pulang.=D

SEKIAN...
.....SELAMAT DATANG KE KAPALAI....













No comments:

Post a Comment