Kisah Tapak Kaki
JANUARI 2011
Hari ke 3...
Dalam perjalanan pulang geng Tapak kaki singgah di beberapa lokasi yang di rasakan menarik oleh kami. =)
kawsan pergunungan yang di tinggal kan
peta tu penting ye =)
Pertama: Jambatan tamparuli
Merupakan jambatan gantung yang di gunakan oleh masyarakat setempat untuk menyeberangi sungai. Kami kesini sebab jambatan tamparuli ni ada dalam senikata lagu SAYANG KINABALU oleh kimin mudin. Tu yang teruja nak tengok macam mana la rupenye jambatan tamparuli tu. =)
ini lah rupa jambatan nya
Kedua: TAMU di Tuaran
Tamu di Tuaran adalah yang kedua terbesar selepas Tamu di Kota Belut. Makna Tamu adalah pasar. Pasar di sini menjual pelbagai barangan dan makanan penduduk tempatan. Tamu ni juga ada dalam lirik SAYANG KINABALU tau.. Tapi sayang nya geng tapak kaki tak dapat pun jejak kaki ke Tamu Tuaran ni sebab pergi salah hari. Tamu ni hanya buka pada Ahad pagi. Kami sampai hari Sabtu. Sangat sedih ok. =( Jadi rancang lah perjalanan anda sebaik nya. jangan jadi macam kami. KEMPUNAN.
Ketiga: Pantai Karambunai
Yang ni satu lagi cerita sedih. Bersungguh lah datang sini, tetapi... sudah tiada pantai yang boleh kami masuk sekadar berjalan-jalan. Semua persisiran pantai ini telah di beli oleh NEXUS group dengan membina hotel-hotel mewah. Kalau nak ke pantai ni kenalah menginap di hotel mereka. Harga bilik bermula dari RM450.
dah tak nampak pantai nye pun.
Keempat: Muzium Marin Universiti Malaysia Sabah
Kami sampai ke sini, muzium hampir tutup kerana sudah petang. waktu operasi sampai pukul 5pm sahaja. Syukurlah dapat masuk, kalau tak sedih lagi la. Dalam ni pelbagai hidupan laut di pamerkan. Rangka ada yang hidup pun ada.
selamat datang
Untung pelajar UMS ni, Universiti diorang sangat cantik. Nampak laut dan nampak Gunung Kinabalu. Pemandangan semualajadi yang sangat indah.
persisiran pantai berbatu UMS
masjid UMS-solat dulu
Kelima: Pantai Tanjung Aru
Dari tepi pantai tanjung aru ni, anda boleh lihat gugusan pulau-pulau antaranya, pulau SAPI, MANUKAN dan MAMUTIK. Di sini juga ada deretan kedai makan. Harganya juga berpatutan. Pilih kedai yang paling hampir dengan laut, sambil makan boleh menikmati pemandangan laut dengan angin bertiup sepoi-sepoi bahasa.. =) ..seafood murah di sini, sedap dan segar. waktu operasi petang pukul 6 ke atas untuk makan seafood. pada waktu siang buka pukul 10am, ada ABC sedap kat sini.
pemandangan dari pantai tanjung aru
Laluan Persinggahan
Seterusnya kami singgah di medan selera DOUBLE SIX (66) untuk makan malam. Di sini terdapat pelbagai jenis makanan citarasa tempatan. 66 merupakan tugu peringatan di mana terjadinya peristiwa kapal terbang terhempas di kawasan tersebut yang berlaku pada 6 JUN.
No comments:
Post a Comment