Wednesday, 30 October 2013

MALAYSIA: SABAH: KOTA KINABALU


Kisah tapak kaki..

Hari ke-5 & 6

Januari 2011

Setelah berpenat lelah ber'snorkeling di pulau-pulau nan indah, ke esokkan harinya kami hanya berehat-rehat sahaja dan berkunjung ke PASAR FILIPINA. Di sini menjual pelbagai barangan kraf tangan, makanan tempatan dan macam-macam lagi. Sesiapa yang suka mutiara sabah boleh la shopping di sini. Sila lah tawar menawar untuk dapatkan harga yang rendah. Semoga berjaya dapat dikaun ye!! =) 




tada!! inilah hasil tangkapannya

Di sebab kan keletihan, hari ini kami hanya berjalan-jalan di dalam bandar KK sahaja selepas habis shopping. Hari berikutnya adalah hari terakhir di sini. Rasa sayu nak meningalkan KK ni..huhu..Penerbangan pulang kami pada jam 1530. Dengan masa yang ada ni kami cuba sedaya upaya untunk pusing habis KK. =D

Kami sempat mengunjungi Muzium sabah dan juga Monsopiad Culture Village. Di muzium sabah terdapat pelbagai tinggalan etnik sabah yang luar biasa. Takde banyak gambar sebab dalam muzium mana boleh ambil gambar kan. Gambar di kawasan sekitar muzium jela yang ada. Di dalam muzium ni ada pelbagai model rumah suku bangsa sabah. Macam mini malaysia di melaka tu. Sesiapa yang berminat untuk mengenali cara hidup suku-suku kaum di sabah boleh lah berkunjung ke sini ye. 

Muzium Sabah

Tetapi di sini tiada persembahan kebudayaan pada hari tersebut. Kami teringin untuk melihat persembahan kebudayaan tu. Nak menari-nari yang tarian sepit buluh tu..hahaha, menarik kan? Setelah di maklumkan oleh seorang sahabat kami menuju ke Monsopiad Culture Village yang terletak kira-kira 13km dari muzium sabah. Tapi di sebab kan sesat kami mengambil masa hampir 1jam untuk tiba di sana. Cuak juga la, jam 1530 nak naik flight sudah bah..


Dapat la juga kami melihat persembahan kebudayaan tersebut. Menari-nari lagi atas pentas..Best. Sewaktu kami ke sini, persembahan kebudayaan telah pun bermula. Bayaran masuk yang di kenakan adalah sebanyak Rm20 seorang. Disebabkan telah bermula kami pendapat separuh harga..Yeah!! tak rugi pun sebab persembahan itu baru sahaja bermula. Sila rujuk di sini untuk harga yuran masuk terkini >>>> Monsopiad Culture Village

 persembahan kebudayaan

Di sini juga terdapat rumah masyrakat asal kawasan ini, dan memperlihatkan cara hidup mereka pada waktu dahulu.

cara penyediaan air minuman tradisional mereka

persekitaran

Terdapat juga rumah tengkorak. Nampak tak tengkorak kepala tergantung-gantung dalam gambar di bawah? Tengkorak ini di percayai telah berusia lebih 300 tahun. Menurut cerita pekerja di sana, tengkorak ini merupakan kepala musuh atau lawan kepada pahlawan mereka yang dipancung dan digantung di tiang rumah sehinggalah kering seperti itu. Ini dipercayai melambangkan keperlahwanan seseorang lelaki bagi suku mereka.

 rumah tengkorak

perjalanan ke Muzium-Monsopiad Culture Village

Sekian. Tamatlah kembara TAPAK KAKI di bumi di bawah bayu ni..Harap dapat membantu sesiapa yang bercadang untuk bercuti ke sini ye =)

Alhamdulillah, jam 1400 dah sampai airport, ready untuk tinggal kan SABAH.. =(




No comments:

Post a Comment