Friday, 29 March 2013

MALAYSIA: PAHANG: FRASER'S HILL

Fakta & Sejarah


Bukit Fraser merupakan kawasan percutian tanah tinggi yang terletak di dalam negeri PAHANG. Berketinggian 1310 meter dari aras laut dan suhu sekitar 17-24oC. Mungkin disebabkan faktor suhu yang sejuk ini mempengaruhi Louis James Fraser, seorang pengembara British pada zaman kolonial mendiami kawasan ini.Beliau dikatakan sebagai seorang pengeluar dadah & perjudian kepada pelombong-pelombong di Pahang. Sejauh mana kebenarannya, tidak dapat di pastikan. Kawasan ini terkenal dengan binaan bagunan-bangunan seperti di perkampungan Scothland. 


WOW...hehe..jom tengok pe yang ada kat bukit FRASER ni..

Kisah TAPAK KAKI

Februari 2012

Seperti yang diceritakan dalam entry sebelumnya [Klik di sini] perjalanan TAPAK KAKI dari kuala Lumpur mengambil masa hampir 14 jam...naik kereta ye. Bukan berjalan KAKI.... =D 

Jadi dapat tak dibayangkan bertapa letihnye ketika OTW ke Bukit FRASER ni. Selepas menuruni Cameron Highland melalui TAPAH, kami tiba di kawasan KUALA KUBU BARU sudah waktu senja. masa ni pun tak pasti lagi jalan nya. Macam biasalah, ikut je "sign board" =D. sampailah kami ke kawasan mula mendaki. tulis kat sign board Bukit Fraser 35KM. kat dalam kepala ni dah terbayang katil dah. letih punya pasal. 35km tu, dekat sngt la dalm 15-20min da boleh sampai. 

Kami pun melalui kwsn empangan sungai selangor. Memang cantik pemandangan nya di waktu senja. Bermula dari situ pendakian semakin mencabar. Jalan sangat sempit dan curam. Aku pun dah buat jalan 2 hala jadi 1 hala je.hehe..tapi berjaga-jaga jugak lah takut berselisih dengan kenderaan lain. Jalan sangat-sangat sunyi. Berteman kan pokok-pokok tinggi di kiri & kanan jalan,suasana menjadi cepat gelap, menyukarkan pemanduan. Sangat banyak seleko tajam & tiada lampu jalan. Tetibe dalam kepala ni terlitas la cerita-cerita seram...huhu..cuak ok =( ..35km tu sngt la lama di rase bile mendaki, mana taknye 10-15km/h je...sangat kura-kura.

Mabuk pusing-pusing turun dari Cameron Highland tak reda lagi + mabuk pusing-pusing naik Bukit Fraser lak, memang rasa nak muntah.Dalam hati berdebar je nak sampai ke Fraser,sebab jalan seperti tiada penghujung. Meremang bulu roma. 

Selepas perjalanan hampir 1jam 30 min dari "sign board" bukit Fraser 35km tu, sampailah juga TAPAK KAKI ni ke bukit Fraser tu.FUH!! penat sangat. Tengok lah bilik hotel kami. =D ...malam 1 day sampai..pengsan terus.




gambar di ambil pada waktu pagi jam 11.00 am

kenapa amik gambar jam 1100, cuba bandingkan gambar di atas,
 yang atas tu jam 0900-yang bawah jam 1030.
kul 9pg pun sangat berkabus & sejuk. Tak nampak pun matahari.

pemandangan dari balkoni bilik. hotel ni mewah tapi kurang privacy 
sebab dari balkoni kita boleh nampak orang dibalkoni kanan & kiri.

NEXT: jalan-jalan sekitar BUKIT FRASER. Jom kita tengok apa yang ada.

ni main entrance ke bukit fraser. dulu ada kedai kopi yang kini terbiar sepi.

ada tasik.boleh naik bot or kira ikan di tasik macam aku wat tu. 
agak-agak berape ekor ikan ada dalam tasik ni??? =D

ada ladang sayur. boleh minta tips penanaman & penjagaan pokok-pokok 
dari encik-encik bangla di situ. pening nak paham die ajar..LAYAN

ada padang golf. sesiapa yang minat jemput-jemput datang

ada track jungle traking. banyak track. boleh menemui spesis-spesis burung dan pokok yang jarang dijumpai. track die takde lah mencabar sangat. tak perlu pakaian khusus.

jumpa masa jalan-jalan =D



jalan raya dalam kawasan bukit fraser. kebanyakannya jalan sehala

reka bentuk bangunan ala-ala BARAT. orang putih yang bina. HARUSLAH =D

mercu tanda BUKIT FRASER

cafe dan kedai runcit pun ada. boleh dapatkan cenderahati anda di sini. harga berpatutan.

TAKE NOTHING BUT PHOTOGRAPHS,
LEAVE NOTHING BUT FOOTPRINTS..
ooppppss...footprints = TAPAK KAKI =D
ikut tema ni...hahaha

Banyak aktiviti boleh di lakukan di sini. Kuda pun ada kalau nak naik,air terjun kalau nak mandi manda. Tapi bagi aku kawasannya sangat terhad, dan seperti tidak berbaloi untuk mendaki setinggi ini. Tapi sekurang-kurangnye dah sampai la kan. Kepada peminat pokok-pokok & cuaca sejuk, bercuti kesini amatlah sesuai. Kos penginapan aku tak dapat nak cerita sebab penginapan kami kali ini ditaja oleh 2 orang sahabat.

Ok lah. Jom bawak TAPAK KAKI ke tempat lain pulak. Sebelum tu, kenalah pulang kunci hotel dulu ye =D
bye-bye FRASER'S HILL 

















No comments:

Post a Comment