Monday, 28 October 2013

MALAYSIA: SABAH: KOTA KINABALU (PULAU MAMUTIK-MANUKAN-SAPI)

Fakta

Sedikit fakta mengenai pulau-pulau ini. SAPI bermaksud LEMBU, MANUKAN bermaksud AYAM dan MAMUTIK bermaksud ITIK =)

nanti masa berjalan-jalan ke pulau-pulau ni boleh lah perhatikan adakah pulau-pulau ini berbentuk seperti nama yang telah di berikan kepadanya =)

Kisah Tapak Kaki

JANUARI 2011

Hari ke-4...

Hari yang di tunggu-tunggu. Nak ber "MESRA" dengan ikan-ikan dilautan. YEAH! Jom snorkeling.

Kami hanya berjalan kaki dari hotel ke Jesselton Point yang mengambil masa 20 minit. Perjalanan pulang kami menaiki kereta sapu dengan bayaran RM2 seorang. Tujuan tidak menggunakan kereta adalah untuk menjimatkan kos sewa kereta dan bayaran parking lot =). Dah jimat RM150 untuk hari ni.



Geng Tapak Kaki mengambil Full Package daripada Jesselton Point.
Package; 3 Pulau (Mamutik-Manukan-Sapi) termasuk life jacket, alat snorkeling, banana boat dan bayaran masuk ke pulau (tidak lebih RM60 seorang). Terdapat banyak kaunter agent perlancongan di sini, anda boleh pilih mana-mana sahaja kerana harganya yang sama. Cuba tawar menawar, boleh dapatkan harga lebih rendah untuk aktiviti tambahan seperti BANANA BOAT dan PARA SAILING.Jom tengok keindahan pula-pulau ni..



inilah bot yang akan membawa anda ke pulau



ready for snorkeling






penat da.santai-santai jela

ok jom balik.bye-bye PULAU CANTIK =)







MALAYSIA: SABAH: KUNDASANG-KOTA KINABALU

Kisah Tapak Kaki

JANUARI 2011

Hari ke 3...

Dalam perjalanan pulang geng Tapak kaki singgah di beberapa lokasi yang di rasakan menarik oleh kami. =)

kawsan pergunungan yang di tinggal kan

peta tu penting ye =)

Pertama: Jambatan tamparuli

Merupakan jambatan gantung yang di gunakan oleh masyarakat setempat untuk menyeberangi sungai. Kami kesini sebab jambatan tamparuli ni ada dalam senikata lagu SAYANG KINABALU oleh kimin mudin. Tu yang teruja nak tengok macam mana la rupenye jambatan tamparuli tu. =)

ini lah rupa jambatan nya


Kedua: TAMU di Tuaran

Tamu di Tuaran adalah yang kedua terbesar selepas Tamu di Kota Belut. Makna Tamu adalah pasar. Pasar di sini menjual pelbagai barangan dan makanan penduduk tempatan. Tamu ni juga ada dalam lirik SAYANG KINABALU tau.. Tapi sayang nya geng tapak kaki tak dapat pun jejak kaki ke Tamu Tuaran ni sebab pergi salah hari. Tamu ni hanya buka pada Ahad pagi. Kami sampai hari Sabtu. Sangat sedih ok. =( Jadi rancang lah perjalanan anda sebaik nya. jangan jadi macam kami. KEMPUNAN.

Ketiga: Pantai Karambunai

Yang ni satu lagi cerita sedih. Bersungguh lah datang sini, tetapi... sudah tiada pantai yang boleh kami masuk sekadar berjalan-jalan. Semua persisiran pantai ini telah di beli oleh NEXUS group dengan membina hotel-hotel mewah. Kalau nak ke pantai ni kenalah menginap di hotel mereka. Harga bilik bermula dari RM450.


dah tak nampak pantai nye pun.

Keempat: Muzium Marin Universiti Malaysia Sabah

Kami sampai ke sini, muzium hampir tutup kerana sudah petang. waktu operasi sampai pukul 5pm sahaja. Syukurlah dapat masuk, kalau tak sedih lagi la. Dalam ni pelbagai hidupan laut di pamerkan. Rangka ada yang hidup pun ada.

selamat datang

Untung pelajar UMS ni, Universiti diorang sangat cantik. Nampak laut dan nampak Gunung Kinabalu. Pemandangan semualajadi yang sangat indah.


persisiran pantai berbatu UMS

masjid UMS-solat dulu

Kelima: Pantai Tanjung Aru

Dari tepi pantai tanjung aru ni, anda boleh lihat gugusan pulau-pulau antaranya, pulau SAPI, MANUKAN dan MAMUTIK. Di sini juga ada deretan kedai makan. Harganya juga berpatutan. Pilih kedai yang paling hampir dengan laut, sambil makan boleh menikmati pemandangan laut dengan angin bertiup sepoi-sepoi bahasa.. =) ..seafood murah di sini, sedap dan segar. waktu operasi petang pukul 6 ke atas untuk makan seafood. pada waktu siang buka pukul 10am, ada ABC sedap kat sini. 

pemandangan dari pantai tanjung aru

Laluan Persinggahan

Seterusnya kami singgah di medan selera DOUBLE SIX (66) untuk makan malam. Di sini terdapat pelbagai jenis makanan citarasa tempatan. 66 merupakan tugu peringatan di mana terjadinya peristiwa kapal terbang terhempas di kawasan tersebut yang berlaku pada 6 JUN. 

menu yang dipilih, nasi etnik dan pari bakar..nyumm..nyumm


Ok dah penat seharian berjalan. Kembali ke Iskandar Hotel untuk berehat.

rehat dulu, esok ada lagi =)





Sunday, 27 October 2013

MALAYSIA: SABAH: RANAU

Fakta

Ranau merupakan sebuah daerah dalam negeri sabah yang terletak 1176 meter dari aras laut. Penduduknya terdiri daripada masyarakat Dusun yang telah mendiami kawasan ini sejak dulu lagi. Merupakan laluan utama yang menghubungkan Sandakan dan Kota kinabalu. Kundasang dan gunung kinabalu berada di dalam daerah ini.  Pekan Ranau terletak hanya 20km dari Kinabalu Park.

Jom JELAJAH RANAU ......

Kisah Tapak Kaki

JANUARI 2011

Hari ke-2

Dalam entry MALAYSIA: SABAH: KUNDASANG kita dah habis pusing2 kundasang pada hari pertama. Seterusnya geng Tapak kaki meneruskan penerokaan dalam daerah Ranau pada hari kedua pulak. Jom!!!


Awal-awal pagi lagi kami sudah memulakan perjalanan (ambil masa lebih kurang 45min). Di poring terdapatnya kolam air panas yang berpunca dari sumber semula jadi. Air panas ni mengandungi acid sulfurik yang dipercayai boleh mengubati penyakit kulit. Jadi jangan lepaskan peluang untuk mandi dengan air panas ni ye. Berendam sahaja pun sudah mencukupi.

Jom menapak ke canopy walk pulak. Perjalanan sejauh 1km termasuk jalan mendaki dan turun dari canopy walk. Seronok sangat bila dah sampai kat atas ni. Hilang rase penat mendaki tadi.  Kepada yang gayat jangan tengok bawah ye. Boleh mimpi ngeri nanti.. hahaha

inilah canopy walk. ada beberapa perhentian di atas ni. boleh la lepak2 sekejap sambil melihat-lihat keindahan kawasan pergunungan ni =)

Kalau berminat dengan air terjun boleh meneruskan perjalanan ke air terjun kipungit dgn jarak perjalanan 1km dari canopy walk. Kat sini jangan lupe celup kaki dalam air terjun tu. Pastikan bukak kasut ye. Nanti ada ikan kecik2 gigit kaki, macam kat spa fish.. Geli tapi best.

fuh 400m lagi...cayok2! mengah da

ok dah sampai. yeah!!

celup kaki macam ni..nampak tak ikan kecik2 tu..best die gigit2..bersih daki2 kat kaki tu =D

Seterusnye boleh  meneruskan pendakian ke Gua Kelawar. Perjalan agak mencabar sedikit kerana melalui kawasan tebing curam. Pada waktu siang kelawar tak menonjolkan dirinye. Jadi sampai sini tak berjaya lah jumpa en kelawar tu. Dapat hidu haruman najisnye je, hahaha... Pun BOLEH!! sirius mengah...

tak larat sudah...

Terdapat lagi air terjun yang lebih besar iaitu air terjun laganan. Tetapi pada waktu ni geng tapak kaki dah tak daya nak meneruskan pendakian. Sampai di gua kelawar sajalah. Sesiapa yang stamina lebih boleh la teroka kawasan hot spring ni secara menyeluruh ye.. Terdapat juga taman kupu-kupu dan orkid (kami tak pergi).

Kedua: Spa Fish

Terletak di kampung luanti, ikan-ikan dibela di dalam sungai moroli. Hanya perlu membeli makanan ikan rm2 dan letakan di kaki anda. Ikan-ikan itu akan mengigit kulit kaki. Jangan risau, tak sakit pun tahan geli je. Terjerit-jerit gak la tahan geli. Masuk je pekerja sungai ni akan bagi nombor giliran. Tak silap masa yang diberikan dalam 15minit je. Lepas 15 minit masuk pekerja akan umumkan yang anda di minta keluar.. jadi jangan buang masa, sampai je terus paksa ikan-ikan tu gigit kaki tau!
pintu masuk..kerusi biru kat belakang tu tempat menunggu giliran anda dipanggil ye..

 celup kaki.. nah ikan gigit le

Ketiga: Ladang Teh Sabah

Ladang teh ini merupakan ladang teh yang diusahakan menggunakan hanya baja organik. Di sini terdapat cafe yang menyediakan minuman yang berasakan teh dan juga masakan panas. Terdapat juga aktiviti melawat kilang, yang dikenakan bayaran sebanyak rm12. Kalau nak masuk bersiar-siar, PERCUMA sahaja.
pintu masuk ke ladang teh

pemandangan ladang teh

antara menu yang kami makan di sini.Air semua teh ye =)


Pekan Ranau

Dalam perjalanan pulang ke KK pekan ranau berada di sebelah kiri. Boleh singgah di sini untuk makan (ada kedai nasi campur masakan ala semenanjung, KFC dll.), membeli barang keperluan lain (ada mall) dan juga isi minyak kereta. Stesyen minyak seterusnya agak jauh, jadi pastikan minyak kereta sentiasa FULL agar tidak menolak kereta di kawasan pergunungan ni ye.

AB: kundasang-poring hot spring 43 minit
BC: poring- spa fish 28 minit
CD: spa fish - ladang teh sabah 23 minit


Sampai di sabah mestilah nak tengok RAFLESIA kan?
Tapak kaki dapat juga tengok raflesia dibelakang rumah penduduk tempatan dengan bayaran RM10 sorang. Sangat mahal untuk melihat hanya sekuntum bunga dengan jalan masuk ke rumah nya pun sangat teruk dan banyak anjing. Tak dicadangkan lah untuk kesana. Sekiranya ingin juga melihat raflesia silalah berkunjung ke Rafflesia Information Centre yang terletak di tambunan. Bayar RM10 pun berbaloi rasanya sebab banyak kuntum raflesia boleh tengok. Untuk makluman pukul 3 petang tempat ni akan mengarahkan semua pengunjung keluar. Jadi rancang perjalanan sebaiknya.


kepada yang berminat untuk tengok raflesia bolehlah singgah ke Tambunan sebelum pulang ke KK.
perjalanan 45 min dari pekan Ranau. Boleh pulang ke KK melalui Penampang.

perjalanan menuju ke rumah orang asli. fuh mengah!

inilah raflesia nye.sekuntum je =(


Bayaran Masuk: sila rujuk web site yang sudah di link kan di atas ye.

Pakaian sesuai dicadangkan: pakailah kasut dan seluar untuk memudahkan pergerakan anda.

Selesai sudah jelajah Ranau. Tempat wajib semua sudah pergi. Jom jelajah Kota Kinabalu pulak. Tapak kaki menginap satu malam lagi di kundasang sebelum pulang ke KK. Nak menikmati pemandangan indah kawasan pergunungan kinabalu ni sebelum melangkah pergi..

SELAMAT TINGGAL KUNDASANG
panjang umur datang lagi =)





bye-bye!!

Wednesday, 8 May 2013

MALAYSIA : SABAH : KUNDASANG

Fakta & Sejarah

Kundasang merupakan pekan kecil yang paling hampir dengan Gunung Kinabalu. Kerana berada pada kawasan tanah tinggi suhu kawasan di sini lebih sejuk dari kawasan lain di Sabah. Hanya terletak 6km dari Taman Negara Kinabalu. Masyarakat di sini kebanyakannya adalah petani. Kundasang juga merupakan kawasan tinggalan sejarah perang dunia ke dua di negara ini. Terdapat sebuah kawasan yang di kenali sebagai "WAR MEMORIAL PARK" iaitu sebuah kawasan khas yang di bina bagi memperingati askar-askar Australia dan British yang ditawan oleh tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua. 
menarik?? jom kita ronda-ronda kundasang!!

Kisah TAPAK KAKI....



JANUARI 2011



Lama punya cerita. Masa ni masih lagi bergelar student UTM. Tetapi pengalaman meneroka ke Sabah yang di kenali sebagai "NEGERI DI BAWAH BAYU" itu merupakan tinggalan TAPAK KAKI yang sangat sukar untuk di lupakan. =)

Kenapa ye?? sebenarnye inilah pengalaman pertama aku menaiki kapal terbang. Orang SABAH cakap naik Balon!! hihi..jadi terasa amat jakun lah diri ini bila dapat menaiki kapal terbang dan berjalan-jalan ke SABAH..jauh tu.. =)


Pemandangan dari Langit 


Kenapa lagi ye?? sebab aku travel bersama sahabat-sahabat yang TERBAIK!! inilah kami..Ini merupakan pengalaman pertama kami ke SABAH. masing-masing tak tahu jalan, dan gambaran macam mana keadaan di sana.. Apa lagi, kami terjah sajalah..bergerak berpandukan google map yang kami print dari UTM lagi..hihi =)

Tiba sahaja di KKIA, pemilik kereta sewa yang kami dah booking dari JB lagi telah menunggu di balai ketibaan. Alhamdulillah, senanglah kami nak bergerak dengan bag yang berpikul-pikul tu. harga kereta RM 150 per day....mata pun dah ngantuk, jadi drive kereta terus menuju ke ISKANDAR hotel yang terletak betul-betul di tengah-tengah bandar Kota Kinabalu. Percutian kami ni percutian bajet, jadi ambil bilik yang harganya RM70 je satu malam. Sumbat semua lima-lima orang. Sekitar hotel yang kami duduk, memang banyak hotel, pelbagai harga, mengikut bintangnya la kan...Macam mana kami menuju ke HOTEL tu, kami ikut google map je...masa ni handphone tak canggih, mana ad papago, waze & lain-lain..huhu...student kan... =(            (* nak jalan ke sabah ni pun aku kumpul duit setahun tau..huhu)

Sampai hotel je kami tido. letih sok pagi nak bertolak ke KUNDASANG pulak.. yeah!!


"as solah tu khairum minan naum" Sayup-sayup kedengaran azan subuh berkumandang.. Bangun la tengok jam..baru jam0430..terasa macam kat negara lain pulak kan..hihi..SABAH waktunya awal 1 jam dari semenanjung malaysia...jadi bagunlah solat..apalagi tunggu!!...



kk-kundasang



Kami pun terus bersiap menuju ke KUNDASANG. berdasarkan google map (seperti di atas) yang kami print, perjalanan ke KUNDASANG hanya mengambil masa 1jam 30minit. Kami bergerak dari KK jam0730 tapi kami sampai jam 1030..hihi..apa maknanya tu?? sesat?? oh tidak..cuma berhati-hati memandu kerana jalan nya yang terlalu banyak seleko tajam, dan merupakan pengalaman pertama memandu di kawasan ini. SO lebih berhati-hati la kan.

jalan nya yang berbukit & banyak seleko: 
lebih kurang jalan ke cameron highlands je rasanya

masa ni dah nampak GUNUNG KINABALU dari jauh:
teruja sangat. Gunung TERTINGGI di MALAYSIA tu =)

Akhirnya tiba juga kami di KUNDASANG dengan selamat. Masa ni minyak kereta dah berkelip-kelip dah. Mencari lah stesen minyak. Bertanya lah pada seorang kakak, kakak tu beritahu stesen terdekat 20 minit dari pekan KUNDASANG ni. Risau kami, takut minyak habis kat kawasan pergunungan ni, memang teruk la kami nak menolak kereta nanti.. Jadi kami terus menuju ke arah seperti yang di beri tahu kakak tadi..FUH!! Alhamdulillah sempat...stesen minyak terdekat adalah di pekan RANAU..20 min dari pekan kundasang.
OK..isi minyak sudah, jadi kami pun nak pusing-pusing KUNDASANG dulu. Apa tempat-tempat WAJIB yang kena lawat kat KUNDASANG ni..JOM tengok apa dia:


WAR MEMORIAL PARK (tugu peringatan)

pintu gerbang

sejarah berkaitan tawanan perang

senarai nama mangsa yang terlibat
bendera Australia di mana-mana
 yang paling penting sekali bayaran masuk la kan =)


DESA CATTLE DAIRY FARM (melawat lembu)


Di sini pengunjung di benarkan memerah susu lembu =) ..tapi masa kami sampai tidak sesuai. Bukan masa yang di benarkan untukmemerah susu. Jadi ambil gambar sajalah... Cantikan pemandangan nya. Macam padang ragut kat NewZealand pun ada =)...


GERAI-GERAI DI PEKAN KUNDASANG (banyak sayur boleh pilih-pilih)

pelbagai jenis sayur-sayuran & buah-buahan boleh di beli di sini. segar-segar semuanya


KEBUN BUNGA & STRAWBERI

macam-macam ada


TAMAN NEGARA KINABALU (pintu masuk untuk mendaki gunung kinabalu)


pintu gerbang masuk ke taman kinabalu, bayaran RM 3 per entry. Di sini merupakan tempat dimana pendaki berkumpul sebelum memulakan pendakian. kalau tidak mendaki pun boleh masuk. Di dalamkawasan ini terdapat taman-taman kecil yang boleh di lawati.

di sinilah pendaki-pendaki berkumpul. kabus terlalu tebal sehingga tidak kelihatan puncak gunung kinabalu


pemandangan di jalan raya utama untuk ke kinabalu park..Macam lukisan tak pemandangan bukit bukau di seberang jalan tu??? =) Indahkan??

Jadi macam mana?? cantik tak "KAK TON" eh salah...cantik tak "SABAH" negeri di bawah bayu...

Inilah tempat-tempat yang kami kunjungi pada hari pertama di sini.. Fuh penat kan..terlalubanyak tempat yang boleh di lawati...eh kenapa letak gambar kat bawah ni?? sebab chalet yang kami telah booking berada nun jauh di atas bukit sana,bersebelahan dengan GUNUNG KINABALU...sangat mencabar untuk memandu ke sana....

saujana mata memandang..kagum dengan penduduk tempatan yang berupaya membina rumah di kawasan pergunungan ini.. HEBAT kan??

Pada mulanya kami sangka chalet yang kami booking hanyalah dipinggiran jalan utama yang berhampiran dengan pekan kundasang. Setelah bertanya kepada penduduk tempatan barulah kami tahu chalet kami terletak nun jauh di atas bukit..mula-mula ada rasamenyesal juga,  sebab kena turun naik bukit. Tapi bila dah sampai kesana, kami sangat berpuas hati dan seronok kerana chalet tu sangat cantik. Pemandangan nya pun indah permai..

inilah chalet kami, KIRAM VILLAGE... macam pondok-pondok je..tapi comel

banyak bunga-bungaan di tanam di sini

\
yang ni sebuh rumah di lengkapi dengan dapur. kalau bercuti satu family besar boleh pilih yang ni

kami pilih yang ni jela..muat tuk 5 orang. ada satu katil single, 1 double 
(chilli & onion cabin)

Kiram Village menyediakan banyak jenis bilik. Tetapi bilangan nya terhad. Harga dari rm70 1 malam..so kami ambil yang paling murah la... =) bilik-bilik di sini di beri nama strawberry, cabbage, celery & tomato, chilli & onion, dan carrot..comel tak?? boleh tengok web page die.. [KIRAM VILLAGE]

pemandangan di padang golf berhampiran KIRAM'S VILLAGE
Mount Kinabalu Golf Club

Pemandangan sangat cantik....Penat dah berjalan untuk hari pertama..perjalanan hari ke 2..next entry ye... =)