Sunday 27 October 2013

MALAYSIA: SABAH: RANAU

Fakta

Ranau merupakan sebuah daerah dalam negeri sabah yang terletak 1176 meter dari aras laut. Penduduknya terdiri daripada masyarakat Dusun yang telah mendiami kawasan ini sejak dulu lagi. Merupakan laluan utama yang menghubungkan Sandakan dan Kota kinabalu. Kundasang dan gunung kinabalu berada di dalam daerah ini.  Pekan Ranau terletak hanya 20km dari Kinabalu Park.

Jom JELAJAH RANAU ......

Kisah Tapak Kaki

JANUARI 2011

Hari ke-2

Dalam entry MALAYSIA: SABAH: KUNDASANG kita dah habis pusing2 kundasang pada hari pertama. Seterusnya geng Tapak kaki meneruskan penerokaan dalam daerah Ranau pada hari kedua pulak. Jom!!!


Awal-awal pagi lagi kami sudah memulakan perjalanan (ambil masa lebih kurang 45min). Di poring terdapatnya kolam air panas yang berpunca dari sumber semula jadi. Air panas ni mengandungi acid sulfurik yang dipercayai boleh mengubati penyakit kulit. Jadi jangan lepaskan peluang untuk mandi dengan air panas ni ye. Berendam sahaja pun sudah mencukupi.

Jom menapak ke canopy walk pulak. Perjalanan sejauh 1km termasuk jalan mendaki dan turun dari canopy walk. Seronok sangat bila dah sampai kat atas ni. Hilang rase penat mendaki tadi.  Kepada yang gayat jangan tengok bawah ye. Boleh mimpi ngeri nanti.. hahaha

inilah canopy walk. ada beberapa perhentian di atas ni. boleh la lepak2 sekejap sambil melihat-lihat keindahan kawasan pergunungan ni =)

Kalau berminat dengan air terjun boleh meneruskan perjalanan ke air terjun kipungit dgn jarak perjalanan 1km dari canopy walk. Kat sini jangan lupe celup kaki dalam air terjun tu. Pastikan bukak kasut ye. Nanti ada ikan kecik2 gigit kaki, macam kat spa fish.. Geli tapi best.

fuh 400m lagi...cayok2! mengah da

ok dah sampai. yeah!!

celup kaki macam ni..nampak tak ikan kecik2 tu..best die gigit2..bersih daki2 kat kaki tu =D

Seterusnye boleh  meneruskan pendakian ke Gua Kelawar. Perjalan agak mencabar sedikit kerana melalui kawasan tebing curam. Pada waktu siang kelawar tak menonjolkan dirinye. Jadi sampai sini tak berjaya lah jumpa en kelawar tu. Dapat hidu haruman najisnye je, hahaha... Pun BOLEH!! sirius mengah...

tak larat sudah...

Terdapat lagi air terjun yang lebih besar iaitu air terjun laganan. Tetapi pada waktu ni geng tapak kaki dah tak daya nak meneruskan pendakian. Sampai di gua kelawar sajalah. Sesiapa yang stamina lebih boleh la teroka kawasan hot spring ni secara menyeluruh ye.. Terdapat juga taman kupu-kupu dan orkid (kami tak pergi).

Kedua: Spa Fish

Terletak di kampung luanti, ikan-ikan dibela di dalam sungai moroli. Hanya perlu membeli makanan ikan rm2 dan letakan di kaki anda. Ikan-ikan itu akan mengigit kulit kaki. Jangan risau, tak sakit pun tahan geli je. Terjerit-jerit gak la tahan geli. Masuk je pekerja sungai ni akan bagi nombor giliran. Tak silap masa yang diberikan dalam 15minit je. Lepas 15 minit masuk pekerja akan umumkan yang anda di minta keluar.. jadi jangan buang masa, sampai je terus paksa ikan-ikan tu gigit kaki tau!
pintu masuk..kerusi biru kat belakang tu tempat menunggu giliran anda dipanggil ye..

 celup kaki.. nah ikan gigit le

Ketiga: Ladang Teh Sabah

Ladang teh ini merupakan ladang teh yang diusahakan menggunakan hanya baja organik. Di sini terdapat cafe yang menyediakan minuman yang berasakan teh dan juga masakan panas. Terdapat juga aktiviti melawat kilang, yang dikenakan bayaran sebanyak rm12. Kalau nak masuk bersiar-siar, PERCUMA sahaja.
pintu masuk ke ladang teh

pemandangan ladang teh

antara menu yang kami makan di sini.Air semua teh ye =)


Pekan Ranau

Dalam perjalanan pulang ke KK pekan ranau berada di sebelah kiri. Boleh singgah di sini untuk makan (ada kedai nasi campur masakan ala semenanjung, KFC dll.), membeli barang keperluan lain (ada mall) dan juga isi minyak kereta. Stesyen minyak seterusnya agak jauh, jadi pastikan minyak kereta sentiasa FULL agar tidak menolak kereta di kawasan pergunungan ni ye.

AB: kundasang-poring hot spring 43 minit
BC: poring- spa fish 28 minit
CD: spa fish - ladang teh sabah 23 minit


Sampai di sabah mestilah nak tengok RAFLESIA kan?
Tapak kaki dapat juga tengok raflesia dibelakang rumah penduduk tempatan dengan bayaran RM10 sorang. Sangat mahal untuk melihat hanya sekuntum bunga dengan jalan masuk ke rumah nya pun sangat teruk dan banyak anjing. Tak dicadangkan lah untuk kesana. Sekiranya ingin juga melihat raflesia silalah berkunjung ke Rafflesia Information Centre yang terletak di tambunan. Bayar RM10 pun berbaloi rasanya sebab banyak kuntum raflesia boleh tengok. Untuk makluman pukul 3 petang tempat ni akan mengarahkan semua pengunjung keluar. Jadi rancang perjalanan sebaiknya.


kepada yang berminat untuk tengok raflesia bolehlah singgah ke Tambunan sebelum pulang ke KK.
perjalanan 45 min dari pekan Ranau. Boleh pulang ke KK melalui Penampang.

perjalanan menuju ke rumah orang asli. fuh mengah!

inilah raflesia nye.sekuntum je =(


Bayaran Masuk: sila rujuk web site yang sudah di link kan di atas ye.

Pakaian sesuai dicadangkan: pakailah kasut dan seluar untuk memudahkan pergerakan anda.

Selesai sudah jelajah Ranau. Tempat wajib semua sudah pergi. Jom jelajah Kota Kinabalu pulak. Tapak kaki menginap satu malam lagi di kundasang sebelum pulang ke KK. Nak menikmati pemandangan indah kawasan pergunungan kinabalu ni sebelum melangkah pergi..

SELAMAT TINGGAL KUNDASANG
panjang umur datang lagi =)





bye-bye!!

2 comments:

  1. awk, area kiram village 2 ade byk x tempat mkn y murah2?? then, ms kt kk awk stay kt ne..hrga? =) nk budget jgk ni.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. xbnyk tempat mkn, situ mcm perkampungan kecil, tapi sekarang xsure la sbb bnyk da pembangunan baru area tu. KK sy stay hotel bajet je.kat KK sngt bnyk hote..pilih je mne berkenan mengikut bajet.

      Delete